Monday 9 May 2011

KESAN & AKIBAT

Negara kekurangan pemimpin

Gejala ponteng akan memberi impak yang besar kepada Negara kerana Negara kita tidak dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjadi pelapis kepada generasi tua pada masa akan datang.



Pandangan negatif masyarakat

Masyarakat setempat akan memandang serong ataupun rendah kepada mereka. Keadaan ini akan menyebabkan maruah keluarga mereka tercemar.

Seterusnya masyarakat sekeliling akan menyalahkan ibu bapa mereka kerana tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik seterusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai penjaga.



Mencemarkan institusi pendidikan

Masyarakat juga akan mempersalahkan institusi pendidikan kerana para pelajar dengan mudah melanggar peraturan sekolah.

Mereka berpendapat disiplin sekolah semakin merosot dan menyebabkan para pelajar tidak lagi berasa takut untuk tidak ke sekolah.

Institusi pendidikan juga sukar untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam jangka masa pendek

PERANAN UMUM DALAM MEMBATERAS PONTENG

Peranan umum meliputi peranan keluarga dan diri dalam menangani gejala ponteng sekolah.Dari aspek keluarga , ibubapa perlu mengambil berat tentang pembangunan salsiah anak mereka sejak kecil lagi.Selain itu,kanak-kanak perlu melibatkan diri mereka dalam didikan agama.Ini disebabkan didikan agama dapat mendisilipinkan dan membentukan jati diri mereka.

PERANAN PENDIDIK DALAM MEMBANTERAS PONTENG

Guru-guru di sekolah harus sentiasa memantau gerak-geri pelajar. Jika seorang pelajar sentiasa tidak hadir ke sekolah, guru tingkatan perlu memberitahu ibu bapa pelajar itu agar masalah ini dapat diketahui oleh ahli keluarga mereka . Guru kaunseling perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar yang sering ponteng sekolah.

Pelajar Sekolah Kena Cekup

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, Polis Diraja Malaysia wajar menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video.

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.

Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak

Pelajar Sekolah merokok



masalah gejala sosial di sekolah....

mat rempit terengganu


inilah REMAJA zaman sekarang.....
tidak takut mati

gejala sosial berleluasa..

Masalah Gejala Sosial Di Malaysia